Jumaat, 31 Disember 2010

RENCANA 63: PROGRAM MENGGILAP ANAK-ANAK PINTAR


Ikuti rencana saya selanjutnya berjudul "Program Menggilap Anak-anak Pintar" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Januari 2010.

RENCANA 62: ULASAN & BENTUK SOALAN KOMSAS SPM 2010 - SIRI 1


Ikuti rencana saya selanjutnya bertajuk: "Ulasan dan Bentuk Soalan KOMSAS dalam Bahasa Melayu Kertas 2 SPM 2010 - Siri 1 dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Januari 2011.

RENCANA 61: ULASAN & BENTUK SOALAN BAHASA MELAYU 1 SPM 2010 - SIRI 1


Ikuti rencana saya selanjutnya bertajuk "Ulasan & Bentuk Soalan Bahasa Melayu Kertas 1 SPM - Siri 1 dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Januari 2011.

RENCANA 60 : BENTUK SOALAN PEMAHAMAN & TEKS ANTOLOGI BAHARU KOMSAS

RENCANA 59: ANTOLOGI TEKS KOMSAS & NOVEL BAHARU TINGKATAN 2


Jumaat, 17 Disember 2010

NOVEL INTERLOK DITARIK BALIK

KUALA LUMPUR: Buku teks subjek Sastera Bahasa Malaysia yang akan digunakan pelajar Tingkatan Lima sekolah menengah tahun depan bakal ditarik balik berikutan dakwaan kandungannya menyentuh sensitiviti kaum, selain mengkritik dan menghina orang Melayu serta India. Persetujuan menarik balik serta-merta buku teks bertajuk Interlok karya Abdullah Hussain itu dipersetujui Penolong Pengarah Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Sairi Adenan dan Pengarah Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Abdul Khalik Sulaiman, selepas pertemuan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah semalam.
Intelok, novel komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia terbitan DBP itu sudah diedarkan kepada semua sekolah menengah baru-baru ini untuk diagihkan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebaik sesi persekolahan dibuka awal bulan depan.
Buku teks berkenaan didapati mempunyai unsur penghinaan kepada orang Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis dalam beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh, malas selain perkataan paria serta ada unsur menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan bagi kaum India. Murugiah yang juga Pengerusi Biro Pengaduan Awam (BPA), berkata pihaknya menerima aduan orang ramai dari seluruh negara yang meminta BPA mengambil tindakan sebelum orang ramai membuat tindakan drastik dengan membakar buku berkenaan di hadapan Kementerian Pelajaran. Katanya, isu itu didedahkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Tamil semalam selepas mendapat aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kandungan buku itu.
Sumber: Berita Harian - 16 Disember 2010

Jumaat, 10 Disember 2010

RENCANA 58: RENCANA UMUM - MENANGANI "BRAIN DRAIN"



Ikuti rencana saya selanjutnya berjudul "Menangani 'Brain Drain'" di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Disember 2010

RENCANA 57: TEKS ANTOLOGI KOMSAS DAN NOVEL BAHARU 2011


Ikuti rencana saya selanjutnya berjudul "Tek Antologi KOMSAS dan Novel Baharu 2011" di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Disember 2010. Selamat membaca!!!

RENCANA 56: BENTUK SOALAN PERIBAHASA



Ikuti rencana saya selanjutnya berjudul "Bentuk Soalan Peribahasa" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Disember 2010. Selamat membaca!!!

Selasa, 30 November 2010

TIDAK PERLU AMBIL SEMULA BAHASA MELAYU KERTAS 2 (SPM)


PUTRAJAYA 30 Nov. — Kementerian Pelajaran menafikan khabar angin bahawa calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 berkemungkinan perlu menduduki semula peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Dua yang dijalankan pada 23 Nov. lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, peperiksaan subjek itu sah dan calon-calon yang menduduki peperiksaan itu tidak perlu menduduki semula kertas tersebut.

"Saya ingin menegaskan di sini supaya ibu bapa dan terutamanya calon-calon peperiksaan supaya tidak mempercayai khabar angin yang tidak berasas ini,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau meminta ibu bapa dan calon-calon peperiksaan supaya tidak risau atau bimbang kerana Kementerian Pelajaran sentiasa mengambil langkah-langkah untuk memastikan semua peperiksaan adalah sah serta memastikan kualiti atau standard peperiksaan berada pada tahap yang baik.

Abd Ghafar berkata, sehingga hari ini, peperiksaan SPM yang bermula pada 23 Nov lepas dan berakhir pada 20 Dis depan berjalan baik dan lancar seperti yang telah dijadualkan.

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai peperiksaan SPM 2010 boleh dikemukakan kepada Bilik Gerakan SPM, Lembaga Peperiksaan Malaysia yang beroperasi setiap hari peperiksaan dari pukul 7 pagi hingga 6 petang atau menghubungi talian 03-8889 3551, 03-8889 3601 atau 03-2889 3520. — Bernama

Khamis, 25 November 2010

KESAN PROGRAM 1 HARI 1 RENCANA MENJELANG SPM

Alhamdulillah..cikgu berasa cukup gembira kerana "Program 1 Hari 1 Rencana Menjelang SPM" yang disiarkan melalui blog cikgu (www.munsyibm.blogspot.com) sebanyak 21 siri benar-benar dapat membantu calon SPM 2010 menjawab kertas Bahasa Melayu . Hal ini demikian kerana ada antara rencana tersebut dapat menjawab soalan yang diajukan. Syukur..

Rencana Siri ke-5 yang disiarkan yang disiarkan dalam Program 1 Hari 1 Rencana Menjelang SPM bertarikh 6 Nov. 2010 dalam blog cikgu dapat membantu calon SPM menjawab soalan Bahagian A: "Cara-cara Menjalani Kehidupan Yang Sihat".


Rencana Siri ke-18 yang disiarkan dalam Program 1 Hari 1 Rencana Menjelang SPM bertarikh 19 Nov. 2010 dalam blog cikgu dapat membantu calon SPM menjawab soalan 3 - "Huraikan peranan setiap rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam lirik lagu Negara".

Rencana Siri ke-10 dalam Program 1 Hari 1 Rencana Menjelang SPM bertarikh 11 November turut membantu calon SPM 2010 untuk menjawab soalan 3 Bahagian B. Alhamdulillah... "Anda baca anda dapat" benar-benar dapat menepati slogan cikgu tersebut.



Sabtu, 20 November 2010

TEMA & ISU KARANGAN SPM

Peperiksaan SPM semakin hampir dan pada saat-saat terakhir seperti ini, bakal calon SPM pasti tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan yang rapi. Oleh itu, gunakan kesempatan ini untuk meneliti kembali tema dan isu yang pernah diuji, sekali gus tidak perlu membuang masa untuk memikirkan isi-isi untuk tema dan isu yang sudah diuji.



1 & 2


3 & 4

Isnin, 15 November 2010

JERAYAWARA BAHASA : FOKUS SPM & KELAB BRIGED PENYELAMAT SUNGAI







Tarikh: 14 November 2010 (Ahad)
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat: Dewan Bunga Raya, Bangunan SYABAS, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur

Terima kasih kepada Saudara Muhd. Azman (Editor FOKUS SPM), Puan Norhaslinda (Wakil Syabas), dan para pelajar yang terlibat dalam program tersebut.

Sabtu, 13 November 2010

PROGRAM 1 HARI 1 RENCANA MENJELANG SPM: 12 - USAHA BERSAMA MEMERANGI JENAYAH


1 & 2

Program 1 Hari 1 Rencana Menjelang SPM - Siri ke-12 bertajuk: "Usaha Bersama Memerangi Jenayah". Luangkan 30 minit sehari untuk membaca rencana tersebut. Anda baca anda dapat.

Jumaat, 12 November 2010

TAKWIM SESI PERSEKOLAHAN 2011

Takwim Sesi Persekolahan 2011

Kumpulan A

Penggal

Cuti dan Hari Persekolahan

Mula

Akhir

Hari

I

Hari Persekolahan

02.01.2011

31.01.2011

22

Hari Persekolahan

01.02.2011

28.02.2011

20

Hari Persekolahan

01.03.2011

10.03.2011

8

Cuti Pertengahan Penggal

11.03.2011

19.03.2011

9

Hari Persekolahan

20.03.2011

31.03.2011

10

Hari Persekolahan

01.04.2011

30.04.2011

20

Hari Persekolahan

01.05.2011

26.05.2011

20

Cuti Pertengahan Tahun

27.05.2011

11.06.2011

16





II

Hari Persekolahan

12.06.2011

30.06.2011

15

Hari Persekolahan

01.07.2011

31.07.2011

21

Hari Persekolahan

01.08.2011

25.08.2011

19

Cuti Pertengahan Penggal ke II

26.08.2011

03.09.2011

9

Hari Persekolahan

04.09.2011

30.09.2011

20

Hari Persekolahan

01.10.2011

31.10.2011

22

Hari Persekolahan

01.11.2011

17.11.2011

13





Cuti Akhir Tahun

18.11.2011

31.12.2011

44

Jumlah

288

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am

210

Jumlah Hari Cuti Penggal

78

Kumpulan B

Penggal

Cuti dan Hari Persekolahan

Mula

Akhir

Hari

I

Hari Persekolahan

03.01.2011

31.01.2011

21

Hari Persekolahan

01.02.2011

28.02.2011

20

Hari Persekolahan

01.03.2011

11.03.2011

9

Cuti Pertengahan Penggal

12.03.2011

20.03.2011

9

Hari Persekolahan

21.03.2011

31.03.2011

9

Hari Persekolahan

01.04.2011

30.04.2011

21

Hari Persekolahan

01.05.2011

27.05.2011

20

Cuti Pertengahan Tahun

28.05.2011

12.06.2011

16





II

Hari Persekolahan

13.06.2011

30.06.2011

14

Hari Persekolahan

01.07.2011

31.07.2011

21

Hari Persekolahan

01.08.2011

26.08.2011

20

Cuti Pertengahan Penggal ke II

27.08.2011

04.09.2011

9

Hari Persekolahan

05.09.2011

30.09.2011

20

Hari Persekolahan

01.10.2011

31.10.2011

21

Hari Persekolahan

01.11.2011

18.11.2011

14





Cuti Akhir Tahun

19.11.2011

01.01.2012

44

Jumlah

288

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am

210

Jumlah Hari Cuti Penggal

78

Kumpulan A

Kumpulan B


  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya