Khamis, 12 Jun 2014

KERELEVANAN ARTIKEL KRU DENGAN SOALAN BAHASA MELAYU 1 SPM ULANGAN 2014

 Soalan Bahagian A - "Langkah-langkah Menjaga Keselamatan Kanak-kanak" berkaitan dengan artikel 7 yang berjudul "Jenayah Penculikan Kanak-kanak" dalam buku KRU 4.


Soalan 3 - Bahagian B dan kaitannya dengan artikel 2 - Mengeksport Kelebihan Malaysia Via TMM2014 (dalam buku KRU 5 yang bakal terbit).

Soalan 5 - Bahagian B dan kaitannya dengan artikel 8 yang berjudul "Menghormati Sensiti Kaum" dalam buku KRU 5.
Soalannya berbunyi:
Negara kita yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, kaya dengan pelbagai budaya seperti makanan, pakaian, tarian dan alatan muzik. Bincangkan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk memastikan generasi muda dapat mengamalkan, menghormati dan menghargai kepelbagaian budaya ini.

 
Alhamdulillah..usai Kertas Bahasa Melayu 1 SPM Ulangan 2014 tengah hari ini. Berikut dipaparkan soalan Kertas Bahasa Melayu 1, Bahagian B serta kaitannya dengan kerelevanan artikel yang terdapat dalam buku KRU 5. Syukur, walaupun tidak setepat 100 peratus, namun masih dapat disesuaikan dengan kehendak soalan yang diajukan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan