Jumaat, 11 September 2015

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK BANDAR TASIK KESUMA










Tarikh: 22 Ogos 2015 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 1.00 tgh. hari
Tempat: Pusat Sumber SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang.
 
Alhamdulillah usai berjerayawara di SMK Bandar Tasik Kesuma yang bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Terima kasih kepada Puan Azlina Mokhilas (GKMP Bahasa), Puan Asiah bt .Ismail (KP BM), guru-guru Bahasa Melayu kerana mengundang saya untuk kali ke-3 bagi mengisi Program Jerayawara Bahasa dengan teknik menjawab kertas Bahasa Melayu peringkat SPM. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang terlibat kerana memberikan komitmen yang cukup baik sepanjang berlangsungnya program tersebut. Semoga segala input yang disampaikan dapat dimanfaatkan semasa menjawab kertas Bahasa Melayu peringkat peperiksaan percubaan dan SPM yang sebenarnya sekali gus membolehkan kalian memperoleh kejayaan yang cemerlang dan A+ bagi kertas Bahasa Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan