Rabu, 15 Mac 2017

PERGERAKAN WATAK UTAMA DALAM NOVEL "SONGKET BERBENANG EMAS"



Ikutilah rencana Sastera dalam Bahasa saya selanjutnya dalam majalah Pelita Bahasa, keluaran Mac 2017 yang berjudul: "Pergerakan Watak Utama dalam Novel - Songket Berbenang Emas". Selamat membaca!!

RENCANA UMUM - AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG RESIPI KEHIDUPAN SIHAT


Ikutilah rencana saya selanjutnya dalam Dewan Siswa, keluaran Mac 2017 yang berjudul "Amalan Pemakanan Seimbang: Resipi Kehidupan Yang Sihat". Selamat membaca!!!

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK YOK BIN - 14.3.2017 (SELASA)







Terima kasih kepada Hjh Kamisah Hj Dris dan warga SMK Yok Bin, Melaka kerana mengundang saya hari ini. Semoga kalian memperoleh manfaat dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan SPM 2017.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK BANDAR PUTERI JAYA - 25.2.2017 (SELASA)




























Terima kasih kepada Cikgu Deepa Dashni Pooja Peritikaa Sai kerana mengundang saya untuk mengendalikan program tersebut buat kali pertama di SMK Bandar Puteri Jaya. Tidak ketinggalan kepada semua warga SMKBPJ, Cikgu Zubir (Penyelia Petang), Cikgu Harun Salleh, guru-guru dan 33 orang guru di sekitar Penang dan Kedah serta Encik Munsyi Salleh Hassan (JNJK Kedah) kerana turut serta dalam program tersebut. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang terlibat kerana memberikan komitmen yang cukup memberangsangkan dan semoga kalian memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK SUNGAI KAPAR INDAH, KLANG- 23.2.2017 (KHAMIS)












Alhamdulillah usai berjerayawara di SMK Sungai Kapar Indah, Klang buat kali pertama pagi ini (Selasa - 23 Februari 201) bermula jam 8.30 pagi. Terima kasih kepada Puan Jaleha Mujir, Puan Jaimah Saad dan guru-guru Bahasa Melayu kerana mengundang saya bagi menyempurnakan Program Jerayawara Bahasa. Tidak ketinggalan terima kasih kepada semua pelajar yang terlibat kerana memberikan komitmen yang cukup memberangsangkan. Semoga segala input yang disampaikan dapat dimanfaatkan bagi menghadapi peperiksaan SPM 2017 kelak dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.